Wednesday, June 17, 2009




KERAJAAN PATUT MULAKAN PERBINCANGAN


Kerajaan Barisan Nasional(BN) disaran memulakan langkah pertama mewujudkan perbincangan dan kerjasama antara Pakatan Rakyat (PR) kata Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof.

Katanya jemputan permulaan untuk membuka pintu perbincangan harus dimulakan oleh kerajaan yang memerintah selepas PR menyatakan kesediaan dan menawarkan diri berbuat demikian.

Secara tradisinya perkara besar (perbincangan) seperti ini harus dimulakan oleh pemerintah dan mulakan usaha itu tanpa bercakap soal kerajaan perpaduan sebaliknya sebaliknya mencari persamaan di antara BN dan PR.

Perbincangan itu haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa meletakkan sebarang syarat untuk mengadakan pertemuan.

Dalam hal ini Pas tidak harus bersendirian mengadakan pertemuan dengan UMNO sebalinya perjumpaan tersebut harus mencakupi dua gabungan terbesar BN dan PR bagi mengelak rasa kesangsian kaun lain serta menyebabkan wujud situasi yang kurang baik kepada negara.

Kita menyokong kenyataan Dr.mahathir yang mengatakan pembangkang adalah cermin kepada pihak pemerintah untuk bergerak lebih maju.

MANSUHKAN PASPORT HIJAU SERAGAM JEMAAHKAN JEMAAH HAJI SELURUH DUNIA

Kuala Terengganu- Dianggarkan 26000 jemaah haji di seluruh negara tidak perlu lagi menggunakan pasport hijau, sebaliknya menggunakan pasport antarabangsa yang biasa digunakan mulai tahun ini bertujuan menyeragamkan jemaah haji diseluruh dunia.


Pasport berkenaan akan dikeluarkan oleh imigresen Malaysiadengan kerjasama Tabung Haji berharga RM100 dan ia boleh dipakai selama lima bulan.Jemaah haji tidak perlu membayar harga pasport berkenaan sebaliknya ia akan diuruskan pihak Tabung haji.Hal ini dinyatakan oleh Ketua pengarah Imigresen di stadium Negeri Kuala terengganu.


















HAPUSKAN SIKAP MENGAGUNGKAN JENAMA BARANGAN LUAR NEGARA

Kuala Terengganu- Pengguna diingatkan supaya tidak membeli barangan impot tetapi mengutamakan barangan buatan tempatan berikutan masih ada sebahagian besar mereka yang beranggapan negatif terhadap mutu barangan kita.


Jika pengguna terus bersikap sedemikian kita bimbang ini akan menjejaskan penjualan barangan tempatan kita, sedangkan ia jauh lebih berkualiti berbanding barangan impot.


Pengguna sepatutnya menyokong barangan buatan Malaysia dan bukan mengetepikannya hanya semata-mata mahu dilihat 'galaour' dengan menggunakan jenama dari lua negara dan mereka seakan mempertikai barangan buatan negara kita.Ini akan membantu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kita dan wang negera tidak mengalir ke luar negara.

Tuesday, June 16, 2009



STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU RUNTUH


STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN telah dirasmikan pada 10 Mei 2008 yang lalu oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.Stadium yang terletak di Gong Budak yang berharga RM229 juta ini di bina untuk temasya sukan terbesar di Malysia iaitu SUKMA.Terengganu telah dipilih menjadi tuan rumah untuk sukan ini sebagai dan sebagai pelengkapnya turut membina beberapa komplek lain termasuk kompleks kolam renang di kawasan pantai Batu Buruk.Komplek tersebut telah dikesan mengalami kerosakan sebagaimana stadium di beberapa bahagian termasuk bahagian dinding diresapi air (dipercayai dari kolam renang)yang bersebelahan dinding yang gerai makan dan ini amat membimbangkan para peniaga di situ.