Wednesday, June 17, 2009




KERAJAAN PATUT MULAKAN PERBINCANGAN


Kerajaan Barisan Nasional(BN) disaran memulakan langkah pertama mewujudkan perbincangan dan kerjasama antara Pakatan Rakyat (PR) kata Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof.

Katanya jemputan permulaan untuk membuka pintu perbincangan harus dimulakan oleh kerajaan yang memerintah selepas PR menyatakan kesediaan dan menawarkan diri berbuat demikian.

Secara tradisinya perkara besar (perbincangan) seperti ini harus dimulakan oleh pemerintah dan mulakan usaha itu tanpa bercakap soal kerajaan perpaduan sebaliknya sebaliknya mencari persamaan di antara BN dan PR.

Perbincangan itu haruslah dilakukan dengan ikhlas tanpa meletakkan sebarang syarat untuk mengadakan pertemuan.

Dalam hal ini Pas tidak harus bersendirian mengadakan pertemuan dengan UMNO sebalinya perjumpaan tersebut harus mencakupi dua gabungan terbesar BN dan PR bagi mengelak rasa kesangsian kaun lain serta menyebabkan wujud situasi yang kurang baik kepada negara.

Kita menyokong kenyataan Dr.mahathir yang mengatakan pembangkang adalah cermin kepada pihak pemerintah untuk bergerak lebih maju.

No comments:

Post a Comment